Wednesday, July 27, 2016

Perdagangan Tingkatan 4 : Bab 6: Pemilikan Perniagaan

CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN 1. Memulakan sendiri - menubuhkan sesuatu perniagaan baru atas usaha sendiri. - usahawan perlu modal, pengetahuan, pengalaman, minat dan kebolehan. - usahawan bebas menguruskan perniagaan mengikut gaya dan kreativiti sendiri. 2. Mengambil alih - membeli sesebuah perniagaan yang sedia wujud. - perniagaan yang di ambil alih menguntungkan dan berpotensi maju. - pengambilalihan perniagaan yang berprestasi baik disebut ‘muhibbah’ (goodwill) dan perlu membayar ‘wang muhibbah’. 3. Warisan - mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga. Contoh kedai kain Globe Silk Store 4. Francais - hak atau kebenaran untuk menjual barang syarikat lain yang sudah terkenal dengan menggunakan jenama dan logonya. JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN 1. MILIKAN TUNGGAL - perniagaan dimiliki seorang sahaja dan didaftar atas namanya 2. PERKONGSIAN - perniagaan dimiliki oleh dua orang dan tidak melebihi 20 orang - pendaftaran dibuat atas nama rakan kongsi dibawah Akta Perkongsian 1961 3. SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD - mempunyai antara 2 – 50 pemegang saham - perkataan “sendirian” bermaksud pemilik syarikat terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai.

No comments:

Post a Comment