Wednesday, March 3, 2010

temasya sukan smkcl 2010



LAPORAN SUKAN TAHUNAN SMKCL TAHUN 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Lada telah mengadakan kejohanan sukan dan olahraga yang diadakan pada 25 februari 2010. Sebanyak 4 buah rumah telah menyertai kejohanan tersebut. Selain itu juga program PIPk turut terlibat sama dalam kejohanan ini. Diantara rumah yang di pertandingkan ialah Rumah AlFa(Merah), Rumah Betha(Biru), Rumah Delta(Kuning) dan Rumah Gamma(Hijau).

Pada Tahun Ini rumah Betha telah terpilih menjadi johan keseluruhan diikuti tangga kedua pula disandang oleh Rumah Alfa. Manakala Rumah Delta pula menduduki tempat ketiga dan Rumah Gamma menghuni tangga yang keempat.

Beberapa acara telah diadakan pada temasya sukan pada tahun ini.Pengiraan mata juga melibatkan beberapa acara sebelum kejohanan olahraga berlangsung. Acara ini termasuklah acara merentas desa, acara sebelum sukan, sukantara dan kejohanan olahraga. Kesemua mata dari kelas yang dipertandingkan akan dicampur keseluruhannya untuk mengira jumlah mata yang tertinggi.

Bagi acara merentas desa,acara ini telah dilansungkan pada 29-1-2010. Seperti yang diramalkan rumah sukan Betha menunjukkan penguasaan dalam kategori yang dipertandingkan. Jarak yang ditetapkan adalah 6.5 km.

Bagi acara sukantara pula, 2 jenis acara iaitu acara lompat jauh dan acara 400 meter. Bagi acara ini rumah betha sekali lagi mengungguli rumah-rumah sukan lain.

Manakala untuk acara sebelum sukan pula, acara ini telah diadakan selama 3 hari berturut-turut iaitu pada

Sekali lagi rumah betha merangkul tempat pertama dalam acara ini menewaskan rumah-rumah sukan yang lain.

Pada hari Temasya Olahraga Tahunan pula, ianya berlansung pada 25/02/2010 iaitu bersamaan hari Khamis. Kejohanan ini dirasmikan oleh Penolong Pegawai PPD Perak Tengah iaitu Tn Hj Ahmad Damanhuri bin Nordin dan Upacara Penutup pula dirasmikan Oleh Timb Pegawai Felcra Seb Perak iaitu Tn Hj Idris Bin Ishak. Kejohanan ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang.





1 comment: